Selasa, 22 Disember 2020
Jumaat, 31 Julai 2009
SJKC Sin Ming
Selamat malam kepada pelawat blog sekalian.. bercerita tentang sek baru tempat saya mengajar ni, ada beberapa sejarah peribadi yang telah saya catatkan. Pertamanya, saya tidak pernah mengajar sekolah Cina. Bila masuk je sek ni tengok muka semuanya cina..cuak gak bile hari pertama kerja. Sejarah keduanya, first time saya mengajar, anak murid depan saya hanya seorang. Nak suruh buat kerja sekolah ke, Nak soal ke, Nak borak ke, semuanya saya tanya anak murid yang seorang ni. Saya rasa macam cakap dengan dinding pula times mengajar sorang murid ni. Tetapi kelas-kelas yang lain still ramai pelajar yang saya ajar. ketiganya, tempat keja part time saya ada perempuan yang mempunyai perangai special.. Asyik gelak je..xpelah, lagi pun saya suka orang yang happy ni.. malam ni diaorang suruh saya jadi driver troli bawa diaorang. Jatuh status saya sebagai officer. Oklah sampai disini sahaja, dah nak pergi pasar malam Putrajaya...Salam
Khamis, 16 Julai 2009
Selamat malam
Di saat saya menaip kata-kata ini, saya sebenarnya masih bekerja lagi. Tetapi di tempat kerja lain iaitu di syarikat Technonet bertempat di Kementerian Sumber Manusia,Putrajaya. Badan memang letih tetapi saya cuba sedaya upaya untuk mengatakan kepada diri saya sendiri bahawa tiada perkataan penat dalam hidup saya. Memikirkan perancangan kehidupan seharian supaya mencukupi dan dapat membantu serba sedikit family di kampung, xpelah. Alhamdulilah saya telah mendapat tawaran temuduga Leftenan Maritim. Tetapi serba salah dibuatnya apabila tidak mendapat sokongan moral daripada keluarga di kampung. Nak buat macammana kan.. Tak mengapa, saya yakin kalau ada rezeki saya, saya akan mendapat jawatan yang lebih baik. Adios...
Rabu, 15 Julai 2009
Bilalah nak dapat gaji ni?
Saya telah bekerja di Majlis Perbandaran Nilai selama hampir 2 minggu. Tetapi hari ini saya dikhabarkan mendapat gaji setelah 3 bulan. Ini disebabkan lantikan saya dibawah Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan. Biasalah kalau dah nama kementerian tentu pembayaran gaji akan ditangguh selewat-lewat 3 bulan. Jadi gaji yang akan saya terima setelah 3 bulan adalah lebih kurang rm3600. Daripada segi angka nampaknya banyak, setaraf dengan gaji pegawai saya. Tapi, masalahnya perbelanjaan selama 3 bulan ni terpaksalah saya berjimat cermat. Meminjam ke?makan nasi lemak waktu pagi dan maggi waktu malam ke?. Harap-harap saya akan dapat duit gaji ini sebelum hari raya supaya dapatlah saya beli baju raya. Lagi, dapatlah membantu serba sedikit keluarga untuk menyambut hari lebaran.O.K lah sampai di sini sahaja buat hari ini. Tak boleh taip banyak-banyak, ada kerja ni...
Selasa, 14 Julai 2009
Kerja sebagai Pembantu Kesihatan Awam
Hari ni rabu adalah hari ke 8 lapan saya bekerja di majlis perbandaran Nilai. Suasana kerja boleh la..Sebab sebelum ni saya sudah bekerja di pelbagai tempat dan kerja. Jadi, tidak menjadi masalah untuk saya untuk menyesuaikan diri.
Langgan:
Catatan (Atom)