Jumaat, 31 Julai 2009

SJKC Sin Ming

Selamat malam kepada pelawat blog sekalian.. bercerita tentang sek baru tempat saya mengajar ni, ada beberapa sejarah peribadi yang telah saya catatkan. Pertamanya, saya tidak pernah mengajar sekolah Cina. Bila masuk je sek ni tengok muka semuanya cina..cuak gak bile hari pertama kerja. Sejarah keduanya, first time saya mengajar, anak murid depan saya hanya seorang. Nak suruh buat kerja sekolah ke, Nak soal ke, Nak borak ke, semuanya saya tanya anak murid yang seorang ni. Saya rasa macam cakap dengan dinding pula times mengajar sorang murid ni. Tetapi kelas-kelas yang lain still ramai pelajar yang saya ajar. ketiganya, tempat keja part time saya ada perempuan yang mempunyai perangai special.. Asyik gelak je..xpelah, lagi pun saya suka orang yang happy ni.. malam ni diaorang suruh saya jadi driver troli bawa diaorang. Jatuh status saya sebagai officer. Oklah sampai disini sahaja, dah nak pergi pasar malam Putrajaya...Salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan