Saya telah bekerja di Majlis Perbandaran Nilai selama hampir 2 minggu. Tetapi hari ini saya dikhabarkan mendapat gaji setelah 3 bulan. Ini disebabkan lantikan saya dibawah Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan. Biasalah kalau dah nama kementerian tentu pembayaran gaji akan ditangguh selewat-lewat 3 bulan. Jadi gaji yang akan saya terima setelah 3 bulan adalah lebih kurang rm3600. Daripada segi angka nampaknya banyak, setaraf dengan gaji pegawai saya. Tapi, masalahnya perbelanjaan selama 3 bulan ni terpaksalah saya berjimat cermat. Meminjam ke?makan nasi lemak waktu pagi dan maggi waktu malam ke?. Harap-harap saya akan dapat duit gaji ini sebelum hari raya supaya dapatlah saya beli baju raya. Lagi, dapatlah membantu serba sedikit keluarga untuk menyambut hari lebaran.O.K lah sampai di sini sahaja buat hari ini. Tak boleh taip banyak-banyak, ada kerja ni...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan